Ringgit dibuka tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi ini didorong permintaan lebih baik bagi mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan kepada 4.0720/0770 berbanding 4.0870/0900 pada Jumaat lalu.

Peniaga berkata, sentimen itu turut disokong oleh harga minyak stabil, walaupun di sebalik kebimbangan dengan ketidaktentuan politik dalam pertikaian perdagangan AS-China.

“Laporan Trecent menyatakan China sudah mengemukakan cadangan dramatik untuk menangani isu penting perdagangan tidak seimbang. Ini akan menghapuskan keseluruhan lebihan perdagangan dua hala dengan Amerika dalam enam tahun,” katanya.

Harga minyak mentah Brent berada pada AS$66.48 setong.

Berbanding dengan kebanyakan mata wang utama yang lain, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound British kepada 5.2570/2638 daripada 5.2354/2409 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0032/0073 daripada 3.0082/0116, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6837/6893 daripada 3.7013/7050 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6046/6107 daripada 4.6110/6152.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini