Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh harga minyak yang lebih tinggi, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit ditambat pada 4.0900/0970 berbanding dolar daripada 4.0930/0980 pada penutupan Khamis.

Seorang peniaga berkata peningkatan harga minyak menolak naik ringgit, disokong oleh asas ekonomi tempatan yang kukuh.

Pada 6 petang penanda aras minyak mentah Brent mencatatkan AS$63.42 setong berbanding AS$62.76 setong awal pagi ini.

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina, pasaran ditutup selama dua hari, dan urus niaga akan bersambung pada Khamis, 7 Februari 2019.

Sementara itu, nota tempatan didagangkan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0227/0290 daripada 3.0409/0450 pada Khamis dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7216/7290 daripada 3.7699/7749.

Unit tempatan juga tinggi berbanding pound British kepada 5.3424/3531 daripada 5.3688/3758 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6814/6902 daripada 4.7000/0070. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini