Ringgit lemah pada awal dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lemah pada awal dagangan




KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.0980/1050 berbanding dolar AS daripada 4.0930/0980 penutup Jumaat.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA, Jeffrey Halley, berkata dagangan tukaran asing Asia dijangka lengang hari ini berikutan cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan tumpuan hanya kepada keputusan kadar faedah Filipina dengan pasaran menjangkakan ia kekal tidak berubah.

Sementara itu, dolar AS mengukuh berbanding kebanyakan mata wang lain mendapat rangsangan daripada data pekerjaan dan kilang AS yang lebih kukuh daripada dijangkakan.

“AS mengumumkan data senarai gaji bukan perladangan pada Jumaat dengan senarai gaji meningkat 302,000 berbanding 165,000 yang dijangkakan. Data itu menaikkan nilai dolar, saham dan minyak, dengan emas menyusut dan bon hampir tidak berubah,” kata Halley.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/0383 daripada 3.0409/0450 pada Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7401/7475 daripada 3.7699/7749.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3585/3698 daripada 5.3688/3758 dan menokok berbanding euro kepada 4.6938/7027 daripada 4.7000/0070.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini