Strategi berdagang untuk pola Head and Shoulder - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Strategi berdagang untuk pola Head and Shoulder



Pengenalan

Dalam analisis teknikal, ada beberapa pola carta yang berbeza yang memmbantu anda menduga arah gerakan harga yang seterusnya. Secara umumnya, semua pola ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar: pola carta penyongsangan dan penerusan. Anda boleh pelajari cara-cara mentakrifkan mereka di dalam Buku Panduan Forex kami. Hari ini kami mempersembahkan kepada anda strategi perdagangan untuk salah satu dari pola yang paling dikenali. Tentu sekali, kami sedang bercakap tentang pola Head and Shoulders.

Apakah itu pola Head and Shoulders?



Apakah yang muncul di minda anda bila anda mendengarkan kata "head and shoulders"? Jika ia bau syampu kegemaran anda, maka anda tidak cukup kemaruk berdagang lagi! Perkara pertama yang terpacul di minda seorang pedagang profesional adalah, tentu sekali, pola penyongsangan yang terkenal itu.

Pola head and shoulders biasanya terbentuk di hujung suatu uptrend. Anda boleh temui ia dengan mudah di mana-mana rangka masa. Ia dibentuk oleh satu puncak (bahu pertama), puncak yang lebih tinggi (kepala), dan satu lagi puncak rendah (bahu kedua). Anda boleh lukiskan "neckline" dengan menyambungkan minimum bahu kiri dan juga minimum kepala. "Neckline" ini tidak seharusnya horizontal. Kecerunannya boleh menaik atau menurun. Bila kecerunannya menurun, pola ini memberikan signal jual yang lebih andal.

Jika anda berdagang sewaktu downtrend, anda perlu mencari pola Inverse Head and Shoulders di carta. Pola ini betul-betul terbalik dari pola Head and Shoulders yang klasik dan memberikan signal penyongsangan bullish.

Bagaimanakah pola ini terbentuk?

- Bila bulls sudah penat menunggang trend kerana harga sudah mencapai harga yang terlalu tinggi untuk keadaan semasa pasaran, bears mula memainkan peranan dan cuba menarik harga ke bawah. Jika harga menguji bahagian bawah dan kemudian melantun semula, ia membentuk bahu kira pola ini.

- Selepas itu, bulls melakukan percubaan terakhir mereka untuk menolak harga lebih tinggi. Begitulah bagaimana "head" pola ini terbentuk.

- Namun, bulls tidak dapat mempertahankan harga di paras yang sebegitu tinggi dan bears membuatkan harga jatuh semula untuk membentuk penerusan "neckline".

- "Bagus, binatang bertanduk itu semua sudah putus asa sepenuhnya", fikir anda. Dan anda salah! Para pembeli mencuba lagi dengan tenaga yang sudah lemah untuk menolak harga ke atas bagi membentuk harga tertinggi baru (a new high). Tetapi kali ini ia lebih rendah dari "head". Inilah bahu kanan bagi pola ini.

- Kemudian bear mengambil alih penguasaan dan menarik harga lebih rendah. Tekanan mereka terlalu kuat dan mereka berjaya menembusi neckline.

- Adakalanya, harga boleh naik ke atas semula dengan volum yang lebih rendah dan menguji semula neckline. Kenaikan kecil ini menawarkan pelaung untuk membuka posisi short dengan renti rugi dipasang di atas neckline. Tetapi situasi ini tidak terjadi setiap kali Head and Shoulders terbentuk.

- Bear menarik harga ke bawah lebih rendah lagi.

Cara-cara berdagang dengan pola ini

Ada beberapa strategi untuk berdagang dengan pola Head and Shoulders. Kami akan memperkenalkan anda kepada yang paling mudah. Strategi-strategi yang disenarai di bawah adalah universal: mereka boleh diaplikasikan ke atas mana-mana pasangan matawang, saham atau komoditi di sebarang rangka masa dan biasanya tidak memerlukan indikator tambahan.

1. Tunggu pola ini terbentuk. Jangan lakukan sebarang dagangan sehingga ia terbentuk dengan lengkap.

2. Tunggu sehingga candlestick menembusi neckline ke bahagian bawah.

3. Letakkan pesanan jual sekurang-kurangnya 3-5 pips di bawah neckline.

4. Letakkan renti rugi 3-4 pips di atas neckline.

5. Sasaran keuntungan biasanya ditetapkan berdasarkan selisih harga antara head dan neckline. Kemudian jarak ini ditolak dari penembusan di neckline untuk memberikan harga sasaran di sebelah bawah.

Mari kita lihat carta 4 jam untuk USD/JPY. Kita boleh lihat, pola Head and Shoulders telah terbentuk.



Bulls tidak dapat memeprtahankan harga di puncak di 114.54 dan pasangan ini jatuh lebih rendah dari neckline pada 111.50. Kami telah membuka pesanan sell selepas penembusan neckline, 5 pips di bawahnya pada 113.51. Kami pasang renti rugi 5 pips di atas neckline iaitu pada 113.66. Kemudian kami kira aras ambilan untung menggunakan formula berikut:

114.54 (puncak “head”) – 113.56 (neckline) = 0.98

113.640-0.98=112.66

Sukses! Anda telah beroleh sekitar 100 pip!

Anda juga boleh menggunakan strategi ini untuk Inverse Head and Shoulder. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Tunggu pola ini terbentuk.

2. Tunggu candlestick menembusi neckline dari bawah ke atas.

3. Buat pesanan buy sekurang-kurangnya 3-5 pips di atas neckline.

4. Pasang renti rugi 3.5 pips di bawah neckline.

5. Tetapkan sasaran ambilan untung berdasarkan perbezaan harga antara harga terendah head dan neckline.

Pada carta H4 USD/CAD, kita boleh lihat pola Head and Shoulders. Kita dapat lihat di sini bahawa neckline yang ada tidak begitu sempurna tetapi kecerunannya naik ke atas, yang bermakna penyongsangan cenderung untuk berlaku.



Kami letakkan renti rugi pada 1.2653 dan tunggu penembusan neckline. Bila candlestick terbentuk, kami buka pesanan long di 1.2663. Kami mengira ambilan untung kami seperti berikut:

1.2658 (neckline) - 1.2528 (head) = 0.0130

1.2658+0.013=1.2788.

Dengan strategi ini anda telah beroleh 130 pips.

Kesimpulan

Pola Head and Shoudlers boleh dikesan dengan jelas di carta dan memberikan peluang yang baik untuk perdagangan yang menguntungkan dengan risiko yang terhad.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini