FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BACAAN NFP - 8 MAC 2019



Laporan NFP bagi Februari akan diumumkan pada 8 Mac, jam 15:30 waktu MT.

Ini adalah salah satu dari pengumuman kewangan yang paling dinantikan. NFP (NonFarm Payrolls) menampilkan perubahan bilangan orang yang digajikan sepanjang bulan sebelumnya, tidak termasuk mereka yang berkerja di sektor perladangan. Secara amnya, ia digunakan untuk mengukur kekuatan ekonomi Amerika Syarikat.

Secara umumnya, bacaan yang tinggi dilihat sebagai positif (atau bullish) untuk USD, manakalah bacaan yang rendah dilihat sebagai negatif (atau bearish).



Indikator NFP dipengaruhi oleh beberapa faktor pada kali ini.

Mula-mula sekali, Presiden AS, Donald Trump, gagal mendapatkan dana untuk tembok di sempadan Mexico dan telah mengisytiharkan darurat nasional.

Faktor kedua adalah cuti Hari Presiden pada 18 Februari. Hari cuti ini mengakibatkan penurunan pada angka data pekerjaan di beberapa negeri di negara tersebut.

Sungguh begitu, tidak semua faktor adalah negatif. Dilaporkan, bilangan permohonan untuk bantuan pengangguran telah jatuh pada bulan Februari. Ini boleh mengakibatkan penurunan pada kadar pengangguran.


CARA-CARA BEROLEH LEBIH DENGAN NFP

NFP bukan hanya indikator situasi ekonomi bagi Amerika Syarikat — ia juga komponen yang amat penting dalam proses perdagangan.

Kami telah membentangkan strategi yang efektif yang boleh anda gunakan untuk mengaut keuntungan dengan NFP.

Siap sedia sepenuhnya untuk pengumuman NFP pada 8 Mac, 15:30 waktu MT


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini