Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan peningkatan harga minyak mentah global yang menyuntik sentimen lebih positif terhadap unit tempatan tersebut.

Pada 9.01 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0710/0770 berbanding 4.0720/0770 sewaktu ditutup pada Jumaat lalu.

Seorang peniaga berkata harga minyak lebih kukuh itu dilihat positif untuk nota tempatan kerana akan meningkatkan lagi hasil minyak dan gas negara.

Niaga hadapan minyak mentah global Brent menokok 0.3 peratus kepada AS$65.25 setong manakala kontrak niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.5 peratus kepada AS$56.05 setong.

“Malah, kalangan penggiat pasaran juga yakin bahawa Amerika Syarikat dan China akan menandatangani perjanjian perdagangan pada bulan ini, sekali gus mengakhiri perang dagangan antara kedua-dua negara kuasa besar ekonomi itu.

“Ini berikutan tetidaktentuan akibat perang perdagangan yang menyaksikan reaksi pasaran kewangan yang negatif serta menjejaskan prospek ekonomi global,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali euro yang menyaksikannya susut kepada 4.6279/6360 daripada 4.6258/6319 pada Jumaat lalu.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0060/0115 daripada 3.0105/0146, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6348/6405 daripada 3.6383/6438 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3880/3963 daripada 5.3921/3000, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini