Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi ini berikutan permintaan bagi mata wang tempatan berkurangan berikutan peningkatan hasil pulangan pelaburan AS.

Pada 9.08 pagi, ringgit berada pada paras 4.0820/0870 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0780 semasa ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata petunjuk asas hasil Perbendaharaan AS bagi tempoh 10 tahun berada pada paras 2.715 peratus, iaitu paras tertinggi sejak 23 Jan.

“Lagipun, data kukuh yang di luar jangkaan bagi industri perkhidmatan AS dan penjualan rumah baharu turut mengurangkan kebimbangan terhadap prospek ekonomi gergasi itu,”katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0090/0145 daripada 3.0062/0109 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6528/6583 daripada 3.6381/6427.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3666/3752 daripada 5.3716/3785 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6123/6191 daripada 4.6142/6200.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini