Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurun semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, apabila pelabur beralih ke mata wang AS itu berikutan kebimbangan terhadap ketidaktentuan ekonomi global, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.0700/0740 berbanding dolar AS daripada 4.0650/0680 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, data ekonomi AS lebih kukuh yang dikeluarkan baru-baru ini meningkatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mempertimbang untuk menaikkan kadar faedah tahun ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan pelabur.

Ringgit bagaimanapun diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6489/6528 daripada 3.668/6718 pada Khamis dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0101/0142 daripada 3.0140/0167.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6280/6342 daripada 4.6304/6363 dan lebih kukuh berbanding pound Britis kepada 5.3960/4029 daripada 5.4065/4108.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini