Ringgit diniagakan tidak berubah berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit diniagakan tidak berubah berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berikutan permintaan terhadap mata wang selamat, dolar Amerika Syarikat (AS), berkurangan walaupun ia mencatatkan kenaikan pada penutup pasaran hari ini.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.0740/0780 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0770 ketika ditutup pada Isnin.

Penganalisis Pasaran Kanan, OANDA, Jeffrey Halley berkata dolar AS meningkat pada awal dagangan hari ini memandangkan Wall Street mengalami penurunan yang menunjukkan sifat mekanikal pasaran mata wang.

“Berdasarkan ketidaktentuan secara tidak langsung pada hampir paras terendah yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini dalam pasaran opsyen, pasaran tukaran asing nampaknya menunggu bagi mendapatkan petunjuk makroekonomi atau geopolitik lebih jelas sebelum melabur dalam jumlah yang besar untuk membuat pegangan baharu,” katanya.

Ringgit, bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.6381/6427 daripada 3.6417/6454 pada Isnin dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0062/0109 daripada 3.0071/0104.

Mata wang tempatan tinggi berbanding euro kepada 4.6142/6200 daripada 4.6203/6254 semalam dan stabil berbanding pound Britain kepada 5.3716/3785 daripada 5.3944/4000.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini