Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi selepas dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh berbanding sekumpulan mata wang.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.0820/0860 berbanding dolar AS daripada 4.0870/0920 semasa ditutup semalam.

Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan disokong di atas paras RM4.0842 hari ini.

“Penunjuk teknikal menghala kepada zon neutral, mencadangkan ringgit mungkin stabil selepas nilainya menyusut semalam. Indeks FBM KLCI juga memulih seiring dengan ringgit.

“Memandangkan keadaan luaran yang masih tidak stabil, ringgit masih dalam kedudukan rapuh, khususnya yang berkaitan dengan Brexit dan krisis perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China," katanya.

Dolar AS berada di bawah tekanan berikutan laporan bahawa jualan runcit AS hanya meningkat 0.2 peratus dalam Januari selepas merekodkan penurunan terbesar dalam sembilan tahun sebanyak 1.6 peratus pada Disember 2018.

Secara keseluruhan, ringgit telah didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0094/0128 daripada 3.0076/0124 yang direkodkan semalam, euro kepada 4.6016/6066 daripada 4.5983/6055 dan pound British kepada 5.3899/3972 daripada 5.3029/3110, berikutan ransangan yang diterima pound selepas Kerajaan British berkata ia telah memperolehi kelulusan perundangan membabitkan urusan Nrexit dengan Kesatuan Eropah, di hadapan pembuangan undi oleh penggubal undang-undang yang dijadualkan hari ini.

Ringgit, bagaimanapun, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6646/6692 daripada 3.6740/6799.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini