Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas meningkat selama empat hari berikutan prestasi lemah mata wang Asia sedang pesat membangun.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.0600/0650 semasa ditutup pada Khamis.

Peniaga berkata dolar US susut daripada peningkatan semalamannya, bergerak kepada penurunan minggu kedua berturut-turut, disebabkan tekanan baharu terhadap hasil bon kerajaan.

Bagaimanapun, kebanyakan mata wang Asia lemah berikutan pelabur mengambil keuntungan daripada peningkatan sesi sebelum ini.

“Rizab Persekutuan AS mengesahkan pendirian yang memihak kepada kadar faedah rendah pada mesyuarat dasarnya minggu ini dengan mengekalkan pergerakan kadar Dana Persekutuan pada 2019, yang menyokong kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun.

“Bagaimanapun, ringgit diniagakan tidak berubah hari ini selepas data menunjukkan ekonomi kekal deflasi untuk bulan kedua berturut-turut pada Februari disebabkan harga minyak yang rendah,” katanya.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.6735/6784 daripada 3.6745/6801 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5882/5959 daripada 4.6304/6374 pada Khamis.

Ringgit turut menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.0047/0096 daripada 3.0125/0167 dan naik berbanding pound British kepada 5.3178/3260 daripada 5.3470/3552 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini