Ringgit tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tidak berubah



KUALA LUMPUR: Ringgit tidak banyak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutupan, dengan pelabur kini kembali dalam kedudukan lebih berhati-hati.

Pada 6 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.0870/0920 berbanding dolar AS daripada 4.0890/0930 pada penutupan Jumaat.

“Minggu lalu data pekerjaan bukan ladang AS sangat lemah, dan kedudukan ini mengejutkan pasaran, data yang mengecewakan itu turut menimbulkan kebimbangan mengenai prospek pertumbuhan AS,” kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata, pelabur kini memantau undi penting Brexit minggu ini.

"Ketidaktentuan dalam isu ini menyebabkan pelabur mengelak daripada mengambil risiko, yang mendorong permintaan ke atas mata wang yang lebih selamat,” katanya kepada Bernama.

Secara keseluruhan, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0076/0124 daripada 3.0064/0104 Jumaat lepas dan euro kepada 4.5983/6055 daripada 4.5842/6895.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding pound British kepada 5.3029/3110 daripda 5.3509/3577 dan berbanding yen Jepun kepada 3.6740/6799 daripada 3.6798/6847.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini