Ulangtahun FBS Bersama Handai Taulan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ulangtahun FBS Bersama Handai Taulan


Kini, setelah kek ulangtahun sudah dijamah dan semua hiasan sudah ditanggalkan, kami dengan berbesar hati ingin berkongsi maklum balas tentang cabutan bertuah ulangtahun kami yang ke-10.

Pertamanya, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk kata-kata ucap selamat kalian. Jutaan ucapan selamat ulangtahun dan beberapa bait kata yang unik menyentuh perasaan kami dan membuktikan kami sedang di jalan yang benar. Kami sentiasa menanti di sini di sisi anda, untuk mengatakan ya kepada penerokaan baru dan berlayar mengejar impian anda.

Pada ulangtahun kami, kami masih lagi sama seperti sebelumnya. FBS sudah ketagihan memberikan hadiah, jadi untuk hari ulangtahun kami sendiri pun kami telah memberikan pelbagai hadiah luar biasa. Ribuan pemenang telah dilambung gelombang hadiah tunai, gajet-gajet Apple, fon telinga, dan kit pedagang yang bergaya.

Untuk lebih 10 tahun, FBS telah membuktikan betapa kami cakna dengan kejayaan anda. Kami komited dalam memberikan servis tanpa cela, perkakas perdagangan yang memudahkan, dan promosi-promosi paling bermanfaat. Usia tonggak 10 tahun membuatkan kami berfikir sejenak tentang pencapaian mutakhir kami.

Kami telah melancarkan app CopyTrade dan FBS Trader, Program Kesetiaan, dan Trade 100 Bonus yang serba baru. Setiap hari kami laburkan sumber terbaik kami untuk menghasilkan bahan analitik dan pendidikan, mengikuti trend terkini pasaran dan kongsikan berita-berita penting dengan anda.

Setiap langkah yang kami ambil, sumber inspirasi kami tetap sama – ANDA. Terima kasih dan marilah kita teruskan kembara ini bersama-sama!




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini