Harga minyak cecah paras tertinggi sejak November



LONDON: Harga minyak hari ini mencecah paras tertinggi sejak November selepas Washington mengumumkan semua pengecualian import terhadap sekatan minyak Iran akan berakhir minggu depan, memberi tekanan kepada pengimport untuk menghentikan pembelian daripada Tehran dan mengetatkan lagi bekalan global.

Di sebalik langkah itu, kapasati tambahan daripada pembekal lain seperti Arab Saudi dilihat mampu memastikan pasaran minyak mengimbangi penurunan dalam eksport Iran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$74.67 setong pada 0855 GMT, meningkat 63 sen atau 0.85 peratus daripada penutup terakhir, selepas mencatatkan paras tertinggi sejak November pada AS$74.70.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat (AS) merekodkan paras tertinggi sejak Oktober 2018 pada AS$66.14 setong, naik 59 sen atau 0.9 peratus daripada penyelesaian sebelumnya.

AS pada Isnin menuntut pembeli minyak Iran menghentikan pembelian bermulai 1 Mei atau bakal berdepan sekatan.

Sebelum pelaksanaan semula sekatan tahun lalu, Iran adalah pengeluar keempat terbesar dalam kalangan Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak dengan kira-kira 3 juta tong sehari, namun eksport April menyusut di bawah paras 1 juta tong sehari, menurut data yang dikeluarkan sumber industri.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini