Kelebihan Dagangan Forex dengan XM



Perkara pertama dalam mengenal forex ialah memahamai bagaimana untuk membaca sebut harga. Dalam forex, mata wang sentiasa disebut secara berpasangan.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Sebut harga merupakan harga terbaik yang ditawarkan dalam pasaran dunia untuk sesebuah mata wang pada masa masa tertentu. 
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Di XM, anda boleh berdagang lebih daripada 55 pasangan mata wang termasuk mata wang utama, silang dan eksotik dengan spread yang kompetitif.





WAKTU DAGANGAN RUB
(masa GMT+2, DST digunakan)
 Isnin – Jumaat: 09:05 – 17:55

WAKTU DAGANGAN FOREX
(masa GMT+2, DST digunakan)
 Isnin – Jumaat: 00:05 – 23:50

* Spread purata yang ditunjukkan di sini dikira sepanjang hari. Ia cenderung menjadi lebih sempit di bawah keadaan pasaran normal. Walau bagaimanapun, spread boleh meluas disebabkan oleh pengumuman berita penting, ketidakpastian politik, kejadian tidak diduga yang boleh menyebabkan keadaan pasaran yang tidak menentu, pada penutupan hari perniagaan dan ketika hujung minggu apabila kecairan adalah rendah. Apabila anda berdagang di syarikat kami, Trading Point merupakan pihak yang berurusan dengan anda. Dagangan anda dipadankan dan sebarang pendedahan yang melebihi ambang yang ditetapkan dilindung nilai oleh pembekal kecairan kami pada spread semasa pasaran. Walau bagaimanapun, dalam keadaan pasaran yang kurang kecairan dan tidak menentu, pembekal kecairan kami memberikan spread yang lebih tinggi daripada biasa. Pada waktu ini, Trading Point terpaksa memindahkan sebahagian daripada kenaikan spread kepada pelanggannya.

** Jika anda meninggalkan kedudukan terbuka untuk dagangan seterusnya, anda membayar atau, mendapat jumlah tertentu yang dikira berdasarkan perbezaan kadar faedah daripada dua matawang dalam padanan matawang. Operasi ini disebut "swap." Dalam terminal dagangan, "swap" secara automatik diubah kepadamata wang deposit. Operasi dijalankan pada 00.00 (Yon masa GMT+2, DST digunakan) dan mengambil masa beberapa minit. Dari Rabu hingga Khamis swap dicaj selama tiga hari.

*** Tahap minimum untuk meletakkan pesanan tangguh pada harga pasaran semasa.

**** Untuk kesemua jenis akaun diplatform MT4 dan MT5, leverage bagi EURDKK, EURHKD, GBPDKK, USDDKK, USDHKD, USDCNH, EURRUB dan USDRUB adalah terhad kepada 1:50, dan bagi USDTRY, EURTRY ianya terhad kepada 1:100.

Untuk kesemua jenis akaun, leverage terhad kepada 1:400 bagi semua pasangan mata wang CHF diplatform MT4 dan MT5.


Tentang Dagangan Forex
Dagangan forex atau dagangan mata wang atau dagangan FX secara ringkasnya adalah istilah yang merujuk kepada pasaran tukaran mata wang asing yang dikenali pada hari ini. Secara mudahnya, ia merujuk kepada pasaran global tanpa lokasi pusat di mana institusi kewangan, syarikat dan individu melakukan pertukaran mata wang antara satu sama lain pada kadar terapung.

Sistem kadar apungan semasa yang wujud ketika ini mula digunakan selepas Perang Dunia II dan masih digunakan sehingga hari ini. Sebelum wujudnya sistem dagangan forex semasa ini, sistem pengurusan kewangan yang dinamakan Perjanjian Bretton Woods telah digunakan di mana harga tukaran mata wang antara satu sama lain diikat dan dikaitkan dengan simpanan emas kedua-dua negara yang merupakan sandaran kepada matawang sebenar di dalam transaksi yang dilakukan.

Pasaran Forex
Pasaran forex ketika ini merupakan pasaran yang terbesar dan mempunyai kecairan tertinggi di dunia disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor itu adalah kemudahan transaksi melalui internet, kemajuan dalam sektor pengangkutan, kemudahan komunikasi antarabangsa dan pengangkutan moden yang menjadikan jarak di seluruh dunia menjadi semakin dekat.

Dengan capaian global dan jarak yang semakin hampir, secara automatiknya manusia, barang dan perkhidmatan dapat bergerak dengan lebih cepat dan pantas. Ini juga bermaksud keperluan untuk mata wang didagangkan sesama sendiri diperlukan untuk membolehkan situasi ini berlaku. Semua faktor ini menyebabkan pertumbuhan dalam pasaran forex yang pastinya akan terus berkembang dan menjadi lebih cair, dinamik dan responsif.

Dagangan Forex Atas Talian
Antara peserta utama dalam pasaran forex ialah satu segmen yang paling cepat berkembang dari keseluruhan peserta pasaran iaitu pedagang mata wang asing runcit (individu) yang rata-rata melakukan dagangan forex atas talian untuk tujuan spekulatif dengan matlamat utama untuk mendapatkan keuntungan dari pergolakan mata wang (perubahan pasaran) atau perlindungan nilai dari risiko mata wang yang tidak diingini.

Segmen ini memasuki pasaran dagangan forex melalui broker (seperti XM) atau melalui bank. Dalam kes ini, bank atau broker akan memberikan pelanggan runcit satu akaun dagangan yang akan dibiayai dalam mata wang asas (kebiasaannya dalam mata wang kawasan yang didiami oleh pelanggan) dan pelanggan berpeluang untuk membeli atau menjual mata wang secara atas talian atau melalui telefon dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan.

Dagangan Forex Melalui Broker
Akses kepada pasaran forex melalui broker seperti XM bermakna pelanggan mendapat akses kepada harga semasa pasaran forex dan menerima sebut harga belian dan jualan untuk beberapa instrumen melalui platform dagangan atas talian (atau melalui telefon). Pelanggan bebas untuk menentukan harga yang mereka inginkan untuk belian atau jualan dan mereka boleh melakukan transaksi pada bila-bila masa yang mereka inginkan.

Apakah itu Dagangan Forex?
Dagangan forex yang juga dikenali sebagai dagangan mata wang atau dagangan Fx merujuk kepada perbuatan membeli satu mata wang dan menjual mata wang lain sebagai pertukaran. Dagangan mata wang melibatkan pertukaran satu mata wang kepada mata wang yang lain.

Tujuan pertukaran adalah berbeza dan boleh menjadi seperti salah satu di bawah tetapi tidak terhad seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Pertukaran mata wang A (s.c. USD) ke mata wang B (s.c EUR) untuk tujuan melancong;
2. Pertukaran mata wang A (s.c. USD) ke mata wang B (s.c EUR) untuk tujuan dagangan;
3. Pertukaran mata wang A (s.c. USD) ke mata wang B (s.c EUR) untuk tujuan spekulatif, dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan.

Merujuk senarai di atas dan tidak terhad kepada senarai di atas, pasaran dagangan forex adalah pasaran yang mempunyai kecairan dan ketidaktentuan yang paling tinggi di dunia dengan lebih $5 trillion dagangan setiap hari.

Bagaimanakah Dagangan Forex Berfungsi?
Dagangan forex secara umumnya adalah pertukaran mata wang kepada matawang yang lain. Ini bermaksud, pelanggan XM menjual satu mata wang terhadap satu lagi mata wang pada kadar pasaran semasa.

Untuk berdagang, anda perlu membuka satu akaun dan memiliki mata wang A dan menukar mata wang A untuk mata wang B sama ada melalui dagangan jangka masa panjang atau singkat, dengan matlamat akhir yang berbeza-beza.

Memandangkan dagangan FX dilakukan untuk pasangan mata wang (s.c. sebut harga untuk nilai relatif satu unit mata wang kepada satu unit mata wang yang lain), di mana mata wang yang pertama disebut mata wang asas (base currency) dan mata wang kedua disebut mata wang sebutan (quote currency).

Sebagai contoh, sebut harga EUR/USD 1.2345 adalah harga euro yang disebut dalam dolar Amerika, yang bermaksud 1 euro bersamaan dengan 1.2345 dolar Amerika.

Dagangan mata wang boleh dilakukan 24 jam sehari dari 22.00 GMT hari Ahad sehingga 22.00 GMT hari Jumaat, menggunakan mata wang yang didagangkan di pusat kewangan utama di London, New York, Tokyo, Zürich, Frankfurt, Paris, Sydney, Singapore dan Hong Kong.

Apakah yang Mempengaruhi Harga dalam Dagangan Forex?
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi harga dagangan forex (s.c. kadar mata wang) setiap hari tetapi boleh dikatakan terdapat 6 faktor utama yang menyumbang kepada pergerakan harga dalam dagangan forex :

1. Perbezaan inflasi
2. Perbezaan kadar faedah
3. Defisit akaun semasa
4. Hutang Negara
5. Syarat Dagangan
6. Kestabilan politik dan ekonomi

Untuk memahami 6 faktor di atas, anda perlu tahu yang mata wang didagangkan di antara satu sama lain. Sekiranya salah satu menurun, pasangannya akan menaik kerana harga rujukan mana-mana mata wang disebut berdasarkan mata wang yang lain.

Apakah Perisian Dagangan Forex?
Perisian dagangan forex adalah platform dagangan atas talian yang disediakan untuk setiap pelanggan XM yang membolehkan mereka melihat, menganalisis dan melakukan dagangan mata wang atau kelas-kelas aset yang lain.

Secara ringkas, setiap pelanggan XM diberikan akses kepada platform dagangan (s.c. perisian) yang bersambung terus kepada sumber harga pasaran global dan membolehkan mereka melakukan transaksi tanpa melalui pihak ketiga.

Siapakah yang Terlibat dalam Pasaran Dagangan Forex?
Mereka yang terlibat dalam pasaran dagangan forex boleh dikategorikan seperti berikut:

1. Pelancong atau pengguna luar negara yang menukar wang untuk melancong ke luar negara atau membeli barang dari luar negara.
2. Perniagaan yang membeli bahan mentah atau barangan dari luar negara dan perlu menukar mata wang tempatan kepada mata wang negara penjual.
3. Pelabur atau spekulator yang menukar mata wang , yang memerlukan mata wang asing untuk melakukan dagangan ekuiti atau kelas aset lain di luar negara atau dagangan mata wang dengan matlamat mendapatkan keuntungan daripada perubahan pasaran.
4. Institusi perbankan yang menukar wang untuk pelanggan mereka atau memberi pinjaman kepada pelanggan luar negara.
5. Kerajaan atau bank pusat yang membeli atau menjual mata wang untuk membaiki ketidakseimbangan kewangan atau membaikpulih keadaan ekonomi.

Apa yang Penting dalam Dagangan Forex?
Sebagai pedagang mata wang asing runcit, faktor paling penting yang mempengaruhi dagangan anda adalah kualiti pelaksanaan, kelajuan dan spread. Ianya berkait rapat di antara satu sama lain.

Spread adalah perbezaan di antara harga bid dan ask untuk pasangan mata wang (harga beli atau jual), dengan kata lain ia adalah harga yang dipersetujui oleh broker atau bank untuk membeli atau menjual pesanan dagangan yang diminta oleh anda. Spread walaubagaimanapun hanya bermakna dengan pelaksanaan yang betul.

Dalam pasaran forex, apabila disebut tentang pelaksanaan ia bermaksud kelajuan di mana pedagang mata wang asing dapat membeli atau menjual pada harga yang ditunjukkan pada skrin atau harga bid/ask yang disebut melalui telefon. Harga yang baik tidak bermakna sekiranya bank atau broker tidak dapat memenuhi pesanan anda dengan pantas untuk mendapatkan harga bid/ask tersebut.

Apakah itu Major dalam Dagangan Forex?
Dalam dagangan forex, beberapa pasangan mata wang dinamakan sebagai major (pasangan mata wang major). Kategori ini mewakili pasangan mata wang yang paling kerap didagangkan dan ianya terdiri daripada pasangan mata wang yang mempunyai USD.

Pasangan mata wang major adalah: EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD, USD/CHF, USD/CAD, AUD/USD, NZD/USD

Apakah itu Minor dalam Dagangan Forex?
Dalam dagangan forex, pasangan mata wang minor atau silang merupakan pasangan mata wang yang tidak mempunyai USD di dalamnya.

Apakah itu Eksotik dalam Dagangan Forex?
Dalam dagangan forex, pasangan mata wang eksotik adalah pasangan mata wang yang kurang didagangkan iaitu mata wang major yang dipadankan dengan mata wang negara yang kecil atau sedang membangun. Pasangan mata wang ini mempunyai kecairan & ketidakstabilan yang rendah dan tidak menunjukkan ciri-ciri pasangan mata wang major dan silang.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini