Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kelemahan permintaan terhadap mata wang tersebut susulan pengumuman data ekonomi AS yang lebih positif.

Pada 9.07 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.1350/1380 berbanding dolar AS daripada 4.1250/1300 sewaktu ditutup semalam.

Peniaga berkata pelabur beralih kepada dolar AS selepas data jualan rumah baharu untuk kalangan keluarga tunggal negara itu pada Mac lepas meningkat hampir ke paras tertinggi dalam tempoh satu setengah tahun.

“Maklumat ini membantu meredakan kebimbangan terhadap ekonomi AS yang lebih perlahan, sekali gus turut melonjakkan dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur dengan kelompok mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0346/0380 daripada 3.0351/0392 dan naik berbanding euro kepada 4.6114/6151 daripada 4.6254/6326 pada Rabu.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 3.6874/6910 daripada 3.6870/6921 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3366/3409 daripada 5.3365/3446, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini