Ringgit ditutup tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tidak berubah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan terhadap unit tempatan itu di tengah-tengah kelemahan mata wang Asia selepas berakhirnya cuti Easter, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.1300/1350 berbanding dolar AS daripada 4.1300/1350 ketika ditutup pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata, ringgit dijangka menyaksikan sentimen kurang memberangsangkan dalam masa terdekat ini, dipengaruhi oleh unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai pertumbuhan lebih rendah.

“Bagaimanapun, berdasarkan sokongan oleh dasar makro, kami yakin ini dapat membantu menstabilkan ringgit," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0442/0490 daripada 3.0473/0514 pada Jumaat dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3649/3726 daripada 5.3707/3792.

Ringgit bagaimanapun tidak berubah berbanding yen Jepun pada 3.6898/6946 daripada paras 3.6898/6949 dan susut berbanding euro kepada 4.6454/6506 daripada 4.6446/6506, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini