Ringgit kekurangan petunjuk baharu



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mendatar hari ini dengan kekurangan petunjuk baharu berikutan kebimbangan berhubung rancangan dana kekayaan negara Norway yang mahu mengurangkan kedudukan mereka dalam pasaran negara membangun, termasuk Malaysia.

Pada 9.20 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0950/0980 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.0950/0000 penutup Isnin.

Peniaga berkata, dana kekayaan Norway, yang terbesar di dunia, merancang untuk menyelaraskan portfolio pendapatan tetapnya bernilai AS$300 bilion dengan mengurangkan bon pasaran baru muncul daripada indeks penanda aras yang dijejakinya.

Katanya, anggaran pendedahan dana itu di pasaran bon Malaysia ialah sekitar AS$1.9 bilion.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0235/0268 daripada 3.0197/0245 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6773/6809 daripada 3.6750/6804.

Ringgit lebih rendah berbanding pound British kepada 5.3530/3573 daripada 5.3485/3562 dan menyusut nilainya berbanding euro kepada 4.6126/6176 daripada 4.6024/6084. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini