Ringgit kembali mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali mengukuh



KUALA LUMPUR:Ringgit kembali mengukuh berbanding kerugian yang dialami pada Selasa dan ditutup tinggi terhadap dolar AS susulan minat belian baharu, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan didagangkan pada 4.0770/0810 berbanding dolar daripada 4.0830/0870 pada penutupan semalam.

Beliau berkata, pengukuhan ringgit juga selari dengan kebanyakan mata wang ekonomi pesat membangun di Asia apabila sentimen pasaran bertindak balas secara progresif terhadap rundingan China-AS.

Sementara itu. ketua pedagang strategi pemasaran SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pasaran mata wang tempatan kini didagangkan dalam kedudukan neutral sementara menunggu pemangkin seterusnya.

“Saya jangkakan ringgit akan meningkat berperingkat-peringkat disebabkan dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) yang lebih longgar selain dolar AS yang lemah selari peningkatan pertumbuhan global pada separuh kedua 2019 hasil daripada rangsangan daripada People’s Bank of China dan Fed,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding pound British kepada 5.3735/3804 berbanding 5.3275/3331 pada penutupan Selasa, rendah berbanding euro kepada 4.5850/5911 daripada 4.5738/5799, dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0146/0180 daripada 3.0115/0149.

Mata wang tempatan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6572/6617 daripada 3.6662/6704.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini