Ringgit kembali rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit kembali rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan peningkatan semalam.

Kejatuhan ringgit berlaku disebabkan kekurangan minat belian berikutan penurunan harga minyak, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit didagangkan pada 4.0810 / 0840 berbanding dolar AS daripada 4.0770 / 0810 pada Rabu.

Pada masa yang sama, minyak mentah Brent turun 0.35 peratus kepada AS$69.07 setong manakala minyak mentah WTI merosot 0.34 peratus kepada AS$62.25 setong.

Walau bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding pound Britain kepada 5.3686 / 3741 dari 5.3735 / 3804 semalam, meningkat berbanding euro kepada 4.5809 / 5859 daripada 4.5850 / 5911, dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0145 / 017 daripada 3.0146 / 0180.

Tetapi ringgit menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.6624 / 6661 daripada 3.6572 / 6617. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini