Ringgit mendatar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mendatar


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan pasaran menanti pemangkin untuk meningkatkan nota tempatan.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.1310/1350 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1340 penutup Jumaat.

Bagaimanapun, Rakan Pengurusan merangkap Ketua Dagangan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata pemangkin semasa bagi ringgit ialah harga minyak, selain sentimen perdagangan positif antara Malaysia dan China.

"Memandangkan dolar terus mengukuh minggu lalu berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang lebih baik daripada jangkaan, mata wang pasaran baru muncul seperti ringgit memerlukan pemangkin lain untuk menolak naik nilai mata wang lebih lanjut, ketika mana harga minyak diketahui turun naik," katanya kepada BERNAMA.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan sokongan bagi inisiatif One Belt One Road (OBOR) semasa lawatannya ke China, yang memperkukuhkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0330/0362 daripada 3.0306/0332 dan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3368/3424 daripada 5.3302/3362.

Mata wang tempatan lemah berbanding yen kepada 3.7006/7052 daripada 3.6966/6997, tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.6061/6109 daripada 4.6007/6044.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini