Ringgit mengukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh hari ini dengan pelabur positif dalam tinjauannya, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1310/1340 berbanding 4.1320/1350 penutup semalam.

Peniaga berkata, dengan pemulihan projek infrastruktur mega dan hubungan perdagangan yang diperbaharui dengan China dijangka meningkatkan lagi nilai ringgit.

"Dengan perbincangan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China dijangka diadakan semula di Beijing lewat hari ini, pelabur yakin ia akan mencapai penyelesaian yang baik, yang akan meningkatkan lagi ringgit," katanya.

Katanya, harga minyak berlegar antara AS$69 dan AS$74 satu tong, lebih tinggi berbanding awal tahun ini.

"Selagi harga tidak turun lebih rendah daripada AS$50 satu tong, mata wang negara pengeluar minyak seperti Malaysia akan baik," katanya.

Pada 9.10 pagi, penanda aras Brent dicatatkan pada AS$71.34 satu tong.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.0328/0361 daripada 3.0349/0382 semalam, dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3414/3473 daripada 5.3452/3507.

Mata wang tempatan lemah berbanding yen kepada 3.7003/7040 daripada 3.6982/7019, dan menurun berbanding euro kepada 4.6185/6235 daripada 4.6113/6163.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini