Memahami Ruang Peribadi OctaFX - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Memahami Ruang Peribadi OctaFX



Apakah Ruangan Peribadi?

Dalam Ruangan Peribadi, anda boleh membuka akaun baru, mengurus akaun sedia ada, membuat deposit dan permintaan pengeluaran, memindahkan dana antara akaun anda, menuntut bonus dan memulihkan kata laluan yang terlupa.

Bagaimanakah saya boleh mendaftar masuk ke Ruangan Peribadi saya?

Untuk mendaftar masuk, sila gunakan alamat e-mel pendaftaran dan kata laluan Ruangan Peribadi anda. Anda boleh memulihkan kata laluan Ruangan Peribadi anda di sini jika anda kehilangannya.

Saya terlupa kata laluan Ruangan Peribadi saya. Bagaimanakah saya boleh memulihkannya?

Lawati halaman pemulihan kata laluan. Masukkan alamat e-mel pendaftaran anda dan klik "Kembalikan kata laluan". Pautan pemulihan akan dihantar melalui e-mel. Ikut pautan ini, masukkan kata laluan baru dua kali dan klik butang "Hantar". Gunakan alamat e-mel anda dan kata laluan baru untuk log masuk.

Bagaimanakah saya boleh bertukar antara akaun dalam Ruangan Peribadi saya?

Anda boleh memilih akaun di bahagian atas sebelah kanan halaman atau dengan mengklik pada anak panah juntai bawah di sebelah nombor akaun dalam senarai "Akaun saya" dan memilih "Tukar ke akaun ini".

Bagaimanakah saya boleh mengubah leveraj saya?

Klik Tukar di sebelah "Leveraj" dalam Ringkasan Akaun anda, pilih nisbah baru dan klik butang "Tukar". Anda boleh mengubah leveraj hanya jika anda tidak mempunyai kedudukan yang terbuka atau pesanan belum selesai.

Bagaimanakah saya boleh menukar akaun MT4 saya kepada akaun biasa atau bebas swap?

Klik Tukar di sebelah "Bebas Swap" dalam Ringkasan Akaun, pilih sama ada anda mahu akaun ini bebas swap atau tidak, dan klik "Tukar". Pastikan anda tidak mempunyai kedudukan terbuka atau pesanan yang belum selesai sebelum menukar parameter ini.

Di manakah saya boleh mendapatkan semua akaun saya?

Klik <Akaun Dagangan di sebelah kanan dan buka "Akaun Saya" untuk melihat senarai penuh. Di sini anda boleh melihat maklumat umum termasuk nombor akaun, jenis, mata wang dan baki, bertukar antara akaun, menyembunyikan atau memaparkan akaun pada halaman utama, membuat deposit dan permintaan pengeluaran.

Bagaimanakah saya boleh menyembunyikan akaun yang saya tidak gunakan lagi daripada senarai akaun saya?

Untuk menyembunyikan akaun dagangan, daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda, cari nombornya dalam senarai "Akaun Saya", klik pada anak panah juntai bawah dan pilih "Sembunyi akaun". Akaun itu kemudiannya boleh dipulihkan dalam senarai akaun anda.

Bagaimanakah saya boleh menutup Ruangan Peribadi saya?

Untuk menutup Ruangan Peribadi anda, sila hantarkan permintaan kepada support@octafx.com.

Apakah Pemantauan Akaun?

Alat Pemantauan Akaun telah dibangunkan untuk membolehkan anda berkongsi prestasi, carta, keuntungan, pesanan dan sejarah anda dengan orang lain. Anda boleh melakukannya dengan menambah akaun anda untuk Pemantauan. Anda juga boleh menggunakan Pemantauan Akaun untuk melihat dan membandingkan statistik pedagang yang berjaya dan belajar daripada mereka.

Bagaimanakah saya boleh menambah akaun untuk Pemantauan?

Masuk ke Ruangan Peribadi anda, pilih "Akaun saya" dan Pemantauan di sebelah kanan. Kemudian dapatkan nombor akaun yang ingin ditambahkan dalam "Akaun anda yang tersedia" dan klik "Tambah untuk pemantauan".

Bagaimanakah cara untuk saya mengalih keluar akaun saya daripada Pemantauan?

Buka halaman Pemantauan akaun dalam Ruangan Peribadi anda, cari nombor akaun dalam senarai "Akaun anda yang dipantau" dan klik "Alih keluar akaun".

Bagaimanakah saya boleh menyembunyikan baki dan kedudukan akaun sebenar saya daripada Pemantauan?

Buka halaman Pemantauan Akaun, dapatkan nombor akaun sebenar dalam "Akaun dipantau anda". Klik "Persediaan keterlihatan" dan nyahtanda kotak yang diperlukan. Klik butang "Simpan seting" di bawah untuk menggunakan perubahan.

Bolehkah saya mempunyai beberapa Ruangan Peribadi?

Ruangan Peribadi OctaFX direka untuk anda menyimpan semua maklumat tentang dagangan anda pada satu tempat. Harap maklum bahawa mencipta beberapa Ruangan Peribadi dengan menggunakan banyak alamat e-mel adalah dilarang.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini