PENDEKATAN SCALING IN DALAM BERDAGANG - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

PENDEKATAN SCALING IN DALAM BERDAGANG



Sama ada pedagang atau penganalisa berprofil tinggi, tiada siapa antara mereka yang boleh mengatakan secara pasti ke mana hala tuju harga. Jika tahu dek sang pedagang, pastinya mereka akan taruhkan semua dana mereka di puncak atau dasar carta teknikal kerana tidak mahu terlepas peluang merebut jumlah wang yang besar dan membuat keuntungan besar dari lot mereka. Malangnya, kita bukan nujum dengan kuasa psikik, kita manusia biasa, jadi ia diluar upaya kita untuk membuat ramalan seperti itu. Apa yang kita ada, adalah minda yang rasional dan naluri yang boleh memberikan kita sedikit petunjuk bagaimana harga akan bergerak seterusnya.

Bayangkan anda mempunyai satu idea yang sangat baik bagaimana hendak memperdagangkan suatu pasangan matawang, tetapi anda tidak mahu merisikokan semau wang yang anda ada kerana anda tidak 100% pasti dengan tekaan anda. Jadi di dalam situasi ini, anda boleh menggunakan cara yang lebih berhati-hati dalam berdagang yang dipanggil “scaling in“ (membesarkan skala). Ia membolehkan anda melembutkan risiko dengan memasuki pasaran melalui beberapa pesanan kecil, berbanding cara biasa memasuki posisi dengan hanya satu kemasukan. Jadi anda hanya perlu mengambil posisi awal, separuh atau suku berdasarkan tanggapan anda tentang pergerakan harga selanjutnya dan menunggu untuk melihat jika tanggapan anda betul. Jika kesudahannya baik selepas percubaan pertama, anda boleh terus membuat taruhan-taruhan anda dan menyisihkan sedikit wang untuk sesi dagangan berikutnya.


Untuk menggunakan pendekatan ini secara tepat anda haurs merancang kemasukan anda, bahagikan dana yang anda ada kepada beberapa bahagian dan letakkan kepada beberapa taruhan. Jangan melampau-lampau jika anda ada banyak wang selepas percubaan pertama. Pasaran bersifat kejam, mereka boleh bermain taktik keji dengan anda dan jika anda kalah seluar anda pun mereka tidak akan tinggalkan untuk anda. Pendekatan “scaling in” direka untuk para pedagang yang rasional, cermat dan taktikal, yang berdagang bukan hanya untuk suka-suka tetapi untuk membuat wang dari taruhan mereka.

Contoh: dalam situasi di dalam gambar, anda bahagikan taruhan anda kepada 4 bahagian. Anda bermula dengan 0.8900, dan jika trend berterusan, anda buka posisi long seterusnya di aras lebih tinggi (pada 0.8950) dengan saiz taruhan yang sama. Kemudian anda teruskan meletakkan pesanan yang sama dengan yang pertama (pada 0.9000 dan 0.9050) sehingga penghujung trend.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini