Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan prestasi mata wang serantau yang lemah akibat ketidaktentuan membabitkan pertikaian perdagangan AS dan China, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada di paras rendah 4.1750/1780 berbanding dolar AS daripada 4.1630/1660, semalam.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Asia Pasifik, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata penyusutan mata wang serantau itu didorong oleh aliran keluar dana daripada rantau berkenaan.

“Ini berikutan jangkaan perang perdagangan AS-China yang berlanjutan, tindakan dana kekayaan Norway mengeluarkan pasaran bon negara sedang pesat membangun daripada penanda aras pendapatan tetapnya dan kemungkinan Malaysia dikeluarkan daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE Russell," katanya kepada Bernama.

Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0335/0368 daripada 3.0414/0447 pada Khamis namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.8051/8093 daripada 3.7991/8021.

Ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3265/3324 daripada 5.3407/3462 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6601/6652 daripada 4.6667/4713, semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini