Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit terus naik untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, selepas lebih ramai pelabur beralih ke arah mata wang baru muncul, termasuk ringgit disebabkan kebimbangan mengenai krisis perdagangan AS-China, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1850/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 yang direkodkan pada Jumaat lalu.

Katanya ,data ekonomi lemah yang dikeluarkan oleh AS pada minggu lalu, turut menyebabkan kejatuhan dolar AS.

Indeks Pengurus Pembelian AS (PMI) minggu lepas menunjukkan pesanan bagi barangan modal buatan tempatan menurun, mencerminkan bahawa sektor pembuatan dan ekonomi secara amnya semakin melembap akibat perang perdagangan yang sedang berlaku.

Ringgit, bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding dengan sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura pada 3.0447/0474 daripada 3.0404/0431 yang direkodkan Jumaat lalu dan menyusut nilainya berbanding yen Jepun kepada 3.8226/8268 daripada 3.8178/8216.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.3116/3167 daripada 5.3158/3213 dan menokok berbanding euro kepada 4.6839/6889 daripada 4.6844/6894.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini