- #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan penurunan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1880 penutup Isnin.

Penganalisis Pasaran Kanan di OANDA, Jeffrey Halley, berkata dengan bekalan yang mencukupi dalam inventori minyak mentah AS dan persengketaan perdagangan antara AS dan China masih belum reda, pemulihan harga minyak adalah rapuh, dan peniaga harus berhati-hati.

Penanda aras Brent didagangkan 0.28 peratus lebih rendah pada AS$68.58 satu tong pada masa penulisan.

Sementara itu, Halley berkata mata wang serantau dijangka sebahagian besar tidak berubah berikutan pasaran AS dan United Kingdom (UK) yang ditutup sempena cuti umum.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0435/0473 daripada 3.0447/0474 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.8200/8247 daripada 3.8226/8268.

Nota tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.3074/3138 daripada 5.3116/3167 dan lebih kukuh berbanding euro kepada 4.6841/6907 daripada 4.6839/6889.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini