Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada penutupan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada penutupan



KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan hampir tidak berubah beranding dolar Amerika syarikat (AS) pada penutupan hari ini, susulan timbul kebimbangan baharu terhadap unjuran ekonomi dunia yang mencetuskan perubahan minat pelabur kepada mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1890/1920 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1940 pada penutupan Khamis.

Beliau berkata, wujud kebimbangan baharu selain pertikaian perdagangan China-AS sedia apabila Presiden Donald Trump mengancam mengenakan tarif baharu ke atas barangan Mexico, yang berisiko mengheret ekonomi dunia yang suram kepada kemelesetan.

Ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulam mata wang utama.

Nota tempatan itu rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0399/0432 berbanding 3.0368/0409 pada Khamis, susut berbanding yen Jepun kepada 3.8512/8544 daripada 3.8182/8239.

Unit tempatan bagaimanapun mengukuh berbanding pound British kepada 5.2693/2748 daripada 5.2911/2991, namun lemah berbanding euro kepada 4.6703/6741 daripada 4.6674/6738. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini