Ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)



KUALA LUMPUR: Ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan yang lebih rendah hari ini.

Ia berikutan nilai dolar yang terus mengukuh walaupun landskap risiko global masih tidak menentu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.1950/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1940 penutup Khamis.

Peniaga berkata, langkah terkini Presiden Donald Trump dalam perang perdagangan dengan mensasarkan import Mexico, menekankan pasaran baharu muncul, termasuk Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Jepun semalam mencadangkan mata wang baharu berdasarkan emas, kerana ia lebih stabil berbanding perdagangan mata wang semasa yang memanipulasi.

Beliau berkata, dengan menggunakan logam berharga itu, ia boleh digunakan untuk menilai aktiviti eksport dan import dalam kalangan negara-negara Asia Timur.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0388/0420 daripada 3.0368/0409 Khamis dan menyusut nilainya berbanding yen Jepun kepada 3.8391/8429 daripada 3.8182/8239.

Bagaimanapun, nota tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2895/29491 daripada 5.2911/2991, tetapi merosot berbanding euro kepada 4.6699/6753 daripada 4.6674/6738. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini