Ringgit teruskan aliran menurun - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan aliran menurun



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran harga menurun pada Jumaat untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan kurangnya permintaan, dengan pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1460/1490 berbanding 4.1410/1440 pada penutupan Jumaat.

Pada mesyuarat 5 Mac lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari BNM memutuskan untuk mengekalkan OPR pada 3.25 peratus.

Di pasaran luar, peniaga berkata rundingan perdagangan AS-China berhadapan kebuntuan semula selepas White House mengancam untuk menaikkan tarif ke atas barangan China pada Ahad.

"Ini menyebabkan yuan China menyusut bersama-sama mata wang serantau lain, terutama pasaran pesat membangun.

"Ringgit ditambat pada prestasi yuan. Oleh itu, ketidaktentuan di rantau ini akan menyebabkan mata wang itu merosot," katanya.

Ringgit juga didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0412/0440 daripada 3.0355/0379 pada Jumaat dan turun berbanding yen kepada 3.7429/7466 daripada 3.7142/7179.

Mata wang tempatan juga rendah berbanding pound British kepada 5.4317/4373 daripada 5.3792/3843 dan susut berbanding euro kepada 4.6406/6444 daripada 4.6185/6230.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini