CARA PEMBUKAAN AKAUN OCTAFX - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

CARA PEMBUKAAN AKAUN OCTAFX



Bagaimanakah saya boleh mendaftar?

1. Hantar borang pendaftaran untuk membuka akaun pertama anda.

Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik "Buka akaun" atau mendaftar dengan akaun Facebook atau Google+ anda.

2. Semak e-mel anda untuk mesej bertajuk "Sahkan alamat e-mel anda" dan kemudian sahkan e-mel anda. Langkau langkah ini jika anda menggunakan Facebook atau Google+ untuk mendaftar.

3. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik "Teruskan", kemudian pilih platform yang anda mahu gunakan untuk akaun anda. Kami menawarkan MT4, MT5 dan cTrader.

4. Pilih "Teruskan ke deposit". Semasa langkah ini, anda akan mendapat e-mel bertajuk "Selamat datang ke OctaFX!" E-mel tersebut mengandungi butiran kelayakan dan kod PIN bagi akaun dagangan anda. Pastikan anda menyimpan e-mel ini.

5. Akaun dagangan anda telah berjaya dibuka! Pilih salah satu daripada pilihan deposit untuk membuat deposit atau klik "Atau sahkan identiti saya" untuk mengesahkan Ruangan Peribadi anda.
Harap maklum: Pastikan butiran kelayakan anda sepadan dengan dokumen anda kerana anda akan diminta untuk mengesahkan data peribadi anda semasa pengesahan. Sila ambil perhatian, oleh sebab anda hanya boleh menggunakan akaun bank, kad kredit/debit atau dompet e-mata wang anda sendiri, maklumat peribadi anda juga mesti sepadan dengan nama akaun atau pemegang kad.

Saya sudah mempunyai akaun dengan OctaFX. Bagaimanakah saya boleh membuka akaun dagangan baru?

1. Daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda dengan alamat e-mel pendaftaran dan kata laluan ruangan peribadi anda. 2.Sama ada klik pada nombor akaun anda di penjuru kanan sebelah atas atau klik "Akaun Dagangan" dan pilih "Buka Akaun Sebenar" atau "Buka Akaun Demo".

Apakah jenis akaun yang harus saya pilih?

Bergantung pada platform dagangan pilihan dan instrumen dagangan yang anda ingin berdagang. Anda boleh membandingkan jenis akaun di sini. Sekiranya perlu, anda boleh membuka akaun baru kemudian.

Apakah leveraj yang harus saya pilih?

Anda boleh memilih leveraj 1:1, 1:5, 1:33, 1:50, 1:200 atau 1:500 pada MT4 dan cTrader, atau 1:1, 1:5, 1:33, 1:50, 1:200 pada MT5. Leveraj ialah kredit maya yang diberikan kepada pelanggan oleh syarikat dan ia mengubah keperluan margin anda, iaitu lebih tinggi nisbah, semakin rendah margin yang anda perlukan untuk membuka pesanan. Untuk memilih leveraj yang sesuai bagi akaun anda, anda boleh menggunakan kalkulator Forex kami. Leveraj boleh diubah kemudian dalam Ruangan Peribadi.

Bolehkah saya membuka akaun swap bebas (Islam)?

Ya, hanya tandakan kotak “Bebas Swap” apabila anda membuka akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa akaun bebas swap tidak menawarkan sebarang manfaat yang melebihi akaun biasa. Terdapat bayaran tetap untuk menggunakan akaun bebas swap.
Komisen = harga pip * nilai swap pasangan mata wang.
Bayaran ini tidak dikira sebagai faedah dan bergantung pada arah kedudukan (iaitu beli atau jual).

Di manakah saya boleh mendapatkan Perjanjian Pelanggan OctaFX?

Anda boleh mendapatkan dan memuat turunnya di seksyen Perjanjian perundangan. Sila pastikan bahawa anda telah membaca dan bersetuju dengan Perjanjian Pelanggan kami sebelum anda mula berdagang.

Saya telah membuka akaun. Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

Selepas membuka akaun, periksa e-mel anda untuk mendapatkan butiran kelayakan akaun anda. Langkah seterusnya adalah untuk memuat turun dan memasang platform dagangan. Anda boleh mendapatkan pautan dan arahan muat turun di sini. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang dagangan di bahagian Pendidikan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini