Trend Menaik dan Trend Menurun - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Trend Menaik dan Trend Menurun


Bull dan Bear dalam Forex

Salah satu perumpaan yang diketahui di kalangan peminat analisis teknikal ialah "Trend adalah rakan anda". Dan salah satu kemahiran pedagang adalah mengenal pasti arah trend. Apabila trend dalam pasaran saham adalah jelas, seorang pedagang boleh berdagang lebih berkesan dengan strategi perdagangan trend dan strategi countertrend.


Trend juga boleh dianggap sebagai pergerakan harga. Sekiranya harga semakin meningkat, trend akan naik ke atas (ia juga dirujuk sebagai ‘peningkatan harga'), jika harga sedang menurun, trend akan menurun ke bawah (atau ‘penurunan harga').

Perlu diingatkan bahawa pengenalpastian trend itu bermaksud analisis terhadap sentimen pasaran semasa. Dalam erti kata lain, adalah satu kesilapan untuk berfikir bahawa trend akan SELALU berterusan, tanpa mengira tempoh masa. Ya, ianya mungkin akan berterusan, tetapi ia tidak akan menjadi 100%.



Perkara kedua yang penting mengenai satu trend adalah pergerakannya membantu anda untuk mengenal pasti isyarat palsu apabila mencari entry point yang betul, sebagai contoh kebarangkalian yang rendah untuk mendapatkan keuntungan dari sesuatu dagangan. Jika seorang pedagang menggunakan strategi perdagangan trend forex dan menerima isyarat jual dalam trend menaik, isyarat seperti itu tidak akan digunakan. Walau bagaimanapun, ia tidak menjamin bahawa semua perdagangan beli di pasaran menaik akan berhasil. Walau bagaimanapun, jika sebahagian daripada perdagangan merugikan, pedagang tersebut, hanya akan berdagang dalam arah trend dan mengabaikan isyarat bertentangan, berikutan siri perdagangan, akan mencapai prestasi lebih baik berbanding pedagang lain, yang menggunakan beberapa strategi dagangan yang lain.

Trend Menaik dan Menurun: asas pembentukan dan perdagangan
Cara umum untuk mengenal pasti trend kenaikan harga (menaik) adalah dengan melukis line lurus melalui dua tahap low, bersebelahan antara satu sama lain. Line ini dipanggil 'trendline'. Jika harga memecah trendline ini, ia menunjukkan bahawa trend itu mungkin exhaust atau reverse.

Trend menurun (menurun) ditunjukkan dengan cara yang sama dalam pasaran menurun; tetapi trend line telah dilukis melalui dua high berdekatan. Logik isyarat reversal adalah sama.


Semakin jelas high/low, mengikut trendline yang dilukis, semakin global trend tersebut, dan sebagainya, semakin kuat isyarat yang dipanggil 'penembusan trendline'; terdapat juga beberapa petunjuk khas untuk mengira kekuatan indeks.


Pada mulanya, ianya sukar untuk mengenal pasti 'kepentingan' low/high yang menunjukkan jumlah pembelian dan penjualan. Berdasarkan oleh trendline yang dibentuk. Dalam kes ini, untuk mengetahui julat dagangan dan kekuatan trend, anda boleh menggunakan jangka masa yang berbeza oleh price action. Semakin panjang jangka masa tersebut, semakin lama trend jangka masa panjang akan berterusan dalam pasaran. Oleh itu, trend line yang dibina dalam jangka masa yang lebih panjang, akan sentiasa menunjukkan sempadan trend jangka masa panjang dalam tempoh jangka masa pendek.

Perlu diingatkan bahawa beberapa trendline boleh dibina mengikut titik yang sama. Terdapat situasi apabila local trend line yang lebih pendek ditembusi, tetapi trend global, dalam carta mingguan, misalnya, berterusan dalam arah yang terdahulu. Sekiranya seorang pedagang berdagang dengan trend tersebut, cadangan umum dalam kes ini adalah untuk mengabaikan isyarat yang bertentangan dengan arah trend global.



Situasi tersebut ditunjukkan dalam rajah 4:

1. Pada mulanya, trend menurun terbentuk dalam carta, di mana ia digambarkan dengan trendline N1 selepas high kedua pada 20 September 2017 telah terbentuk.

2. Selepas itu, trend menurun dikukuhkan, terbentuk, selepas pembetulan, high yang lain, di mana seseorang boleh melukis local trendline menurun yang lebih kecil N2.

3. Seterusnya, terdapat satu pembetulan ke atas yang lebih tinggi, yang telah membentuk tahap yang lebih tinggi pada 23 Oktober 2017. Akhirnya, terdapat trendline N3 yang menunjukkan sempadan global trend menurun.

Penting! Adalah tepat untuk melukis trendline dalam trend menurun dengan melalui high yang diikuti oleh harga low baru (iaitu selepas trend itu berterusan).


Ianya adalah satu kesilapan untuk melukis trendline mengikut paras high, di mana harga tersebut tidak turun lebih rendah daripada sebelumnya:


Sekarang, mari kita kaji bagaimana untuk membentuk trendlines dalam trend menaik:

Anda boleh lihat dua trend line menaik dalam carta tersebut:

1. Line N1 menunjukkan satu local uptrend yang kukuh, sebagai low yang kedua, ianay dilukis melalui (ditandakan dengan titik merah), terbentuk selepas pembetulan yang singkat.

2. Selepas itu, pada 11 Februari, anda dapat melihat isyarat bahawa trend itu mungkin reverse – trendline telah ditembusi dan bar ditutup di bawah. Walau bagaimanapun, harga tidak menurun dengan serta merta dan meningkat untuk kali terakhir. Dan selepas itu, pergerakan menurun yang panjang telah bermula.

3. Seperti yang anda lihat seterusnya, pergerakan ke atas di atas menjadi pembetulan yang diikuti dengan penembusan harga yang melalui high sebelumnya. Oleh itu, kita boleh melukis trendline N2, yang mewakili sempadan global trend menaik

Saya ingin menegaskan bahawa, apabila anda melukis trend line dalam pasaran menaik, anda berdasarkan logik yang sama seperti dalam kes trendline yang menurun:

Ianya logik untuk melukis trend line dalam trend menaik melalui low, di mana selepas itu harga telah mencapai high baru. Dalam kes ini, peraturan ini dipertimbangkan.

Cuba untuk membentuk trend menurun jangka masa panjang dengan sendiri dalam carta EURUSD di sini. Pilih jangka masa carta 1 tahun dan gunakan Trend Line tool.



Anda berjaya melakukannya? Tahniah!

Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pedagang terhadap trend menaik dan menurun?

Perkara yang paling penting ialah mempelajari langkah-langkah bagaimana untuk menentukan terlebih dahulu arah dagangan anda.

Sekiranya anda seorang pedagang trend, anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu arah global trend dan anda perlu memasukkan dagangan hanya berdasarkan isyarat yang sama, mengabaikan yang lain. Anda harus ingat bahawa mengalami beberapa kerugian dengan trend sebelum menjana keuntungan adalah salah satu ciri dagangan trend. Di sini, kebiasaannya anda akan berusaha untuk mendapatkan keuntungan maksimum disebabkan oleh kemungkinan trend global. Oleh itu, keuntungan yang dihasilkan dari satu dagangan walaupun hanya satu keuntungan dapat melindungi kerugian, yang dihasilkan dari beberapa kerugian perdagangn, yang terjadi sebelum ini.

Sekiranya anda ingin mencuba perdagangan counter trend dalam pasaran kewangan, anda juga perlu mengetahui kaedah utama perdagangan countertrend:

1. Anda tidak boleh mengharapkan pergerakan harga yang panjang selepas anda memasuki perdagangan. Konsep counter-trend itu sendiri menunjukkan bahawa seorang pedagang sedang berdagang dengan pergerakan pembetulan harga yang kemungkinan akan berakhir tidak lama lagi.

2. Asas terhadap sebarang countertrend adalah untuk memasuki perdagangan ke arah yang bertentangan dengan momentum harga, bertaruh pada kenaikan semula. Ianya lebih baik memasuki dagangan bertentangan dengan momentum harga, tetapi MENGIKUT arah trend global.


Mengikut syarat ini, perdagangan counter-trend secara amnya mencadangkan perdagangan berskala kecil, tetapi sering menjana keuntungan dengan nisbah profit/stop loss kira-kira 1/1.

Dagangan trend mempunyai beberapa perbezaan dalam penggunaan pelbagai jenis analisis forex:

1. Perdagangan berdasarkan analisis teknikal menunjukkan bahawa pedagang menggunakan arah trend sebagai rujukan untuk isyarat dalam strategi perdagangannya (entry dimasukkan hanya jika isyarat strategi perdagangan berada dalam arah yang sama seperti trend dan syarat pengurusan risiko dipertimbangkan). Biasanya terdapat alat teknikal seperti moving averages,

2. Perdagangan berasaskan fundamental analisis menggunakan maklumat mengenai arah trend harga sebagai alat tambahan untuk memasuki perdagangan mengikut trend makroekonomi global.
Kedua-dua analisis ini menggunakan prinsip "dari besar ke kecil":

- Apabila menggunakan analisis teknikal, trend global ditentukan dalam jangka masa yang lebih panjang, dan isyarat entry berlaku dari jangka masa pendek. Sebagai contoh, jika trend global dikenalpasti dalam carta jam, isyarat entry boleh dicari dalam carta 15 minit atau 5 minit.


- Apabila menggunakan analisis fundamental, anda terlebih dahulu perlu menilai prospek am untuk instrumen yang didagangkan, berdasarkan analisis faktor makroekonomi; seterusnya anda membuat ramalan mengenai situasi masa hadapan; dan akhirnya, Anda menganalisis carta harga untuk mencari isyarat entry, dalam arah yang sama seperti ramalan.
Perlu diingatkan bahawa penembusan trendline boleh menjadi palsu. Ini juga boleh digunakan dalam strategi perdagangan, apabila anda memasuki perdagangan trend yang berterusan, berbanding trend reversal,

Dalam kes ini, anda boleh memasuki dagangan jika harga kembali ke bawah trend line. Stop loss ditetapkan lebih tinggi berbanding penembusan palsu tersebut.


Cara kemasukan ini terdapat beberapa kebaikannya

- Jika trend tersebut masih belum reversed, oleh itu, ianya berkemungkinan akan berterusan

- Stop loss yang kecil, berbanding keuntungan yang berpotensi

- Kemasukan yang mudah

- Anda boleh memilih beberapa isyarat kemasukan:

     -  Harga tersebut kembali di bawah trend line

     - Harga tersebut ditutup di atas trend line (untuk trend menaik) atau di bawah trend line (untuk  trend menurun), perbezaan corak candlestick berlaku, dan banyak lagi.

Kesimpulan

Ianya agak mudah untuk mengenal pasti trend, oleh itu, sesiapa pun boleh melakukannya. Kesukaran bermula apabila seorang pedagang mempunyai jangkaan tertentu terhadap pergerakan harga selanjutnya. Jika anda menggunakan trend tersebut seperti meramal pergerakan harga masa depan (contohnya, cuba meramal jika trend akan berterusan atau reverse), ianya akan mengakibatkan kekecewaan, kerana ianya mustahil untuk meramal masa depan.

Tetapi jika anda sedar bahawa definisi trend yang betul adalah meningkatkan kebarangkalian yang memihak kepada anda, dan bukannya jaminan kejayaan 100%, maka anda akan berdagang lebih berkesan, dan pendekatan terhadap trend akan menjadi lebih profesional.

P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini