Gambar dan Video : Kejayaan Menganjurkan Empat Seminar XM di Malaysia pada Julai 2019


Antara 6 dan 20 Julai, sebanyak empat acara pendidikan XM telah berlangsung di beberapa bandar Malaysia, di mana instruktor forex profesional Mohd Helmi Izani dan Zulle Razak telah mendedahkan peserta seminar terhadap penggunaan teknik pelaburan atas talian yang tertentu.

Dua topik seminar yang berbeza telah disampaikan secara serentak di dua bandar dalam satu masa iaitu 6 Julai di Terengganu dan Melaka di mana lokasi seminar berlangsung, manakala pada 20 Julai kami mengalu-alukan para peserta seminar di Sabah dan Pulau Pinang.

Kedua-dua topik yang peserta seminar kami dapat pelajari adalah Strategi Dagangan Swing Avramis, telah disampaikan di Terengganu dan Sabah, manakala di bandar Melaka dan Pulau Pinang peserta seminar diberikan penyampaian yang mendalam mengenai Teknik Konfluens dalam Dagangan Forex.

Setiap seminar menawarkan kehadiran secara percuma kepada semua yang ingin hadir dan mempelajari butiran praktikal mengenai cara terbaik untuk mengembangkan kemahiran dagangan mereka bagi berpotensi memperolehi hasil dagangan yang konsisten serta mempelajari cara untuk membangunkan tabiat dagangan individu apabila melabur dalam forex atau instrumen kewangan yang lain.

Kami sangat gembira kerana berpeluang untuk bertemu dengan pelanggan kami secara empat mata dan kami ingin ucapkan jutaaan terima kasih kepada mereka yang berminat dalam pembelajaran bersama XM.

Memandangkan siri seminar kami akan berterusan berlangsung di Malaysia, dengan ini kami ingin menjemput pelanggan baru dan sedia ada ke seminar forex kami yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut mengenai seminar yang akan datang dan untuk mendaftar tepat pada masanya, sila klik sini.












































































































































































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini