Harga minyak lonjak ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak lonjak ringgit ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disokong oleh peningkatan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1350/1380 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400 ketika ditutup semalam.

Ketika ini, harga penanda aras minyak mentah Brent naik 0.98 peratus kepada AS$63.01 setong manakala minyak mentah WTI menokok 0.84 peratus kepada AS$56.72 setong.

Beliau berkata prestasi ringgit yang meningkat hari ini adalah selari dengan kebanyakan mata wang sedang pesat membangun Asia, didorong oleh penyusutan dolar AS semalaman berikutan kesuraman pemeteraian perjanjian perdagangan AS dan China dalam masa terdekat.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0499/0532 daripada 3.0509/0542 pada Selasa, mengukuh berbanding pound kepada 5.1973/1035 daripada 5.2209/2255 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6672/6722 daripada 4.6773/6815.

Bagaimanapun, ringgit lemah berbanding yen Jepun kepada 3.8379/8411 daripada 3.8199/8241.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini