NFP (Non Farm Payrolls)



Pasaran sedang menantikan data penggajian untuk AS, yang dijadualkan pada 2 Ogos, jam 15:30 MT.

Seperti biasa, laporan ini akan mengandungi aras purata pendapatan per jam, kadar pengangguran dan tentu sekali, perubahan penggajian bukan perladangan atau daftar gaji bukan perladangan.

NFP bulan lalu mengatasi unjuran dengan 224 ribu pekerjaan (berbanding 162 ribu yang dijangkakan). Indikator-indikator lain tidak berapa memberansangkan.

Selain dari itu, bulls USD terlalu ghairah untuk melihat lompatan besar pada angka NFP dan menolak dolar AS lebih tinggi. Apakah perubahan yang dapat kita lihat kali ini?

Sudahkah anda bersedia untuk urusniaga yang menguntungkan? Jangan lupa untuk bersiap-siap!




Kadar Dana Persekutuan

Pada hari Rabu, 31 Julai jam 21:00 MT kita akan mengetahui apakah nasib yang menanti kadar dana persekutuan. Ingat ucapan Trump baru-baru ini? Beliau mahu dollar yang lebih lemah tetapi Rizab Persekutuan menentang beliau.

Ada 3 senario yang mungkin tentang bagaimana USD akan terkesan dengan keputusan mesyuarat ini.
Kebarangkalian besar: pemotongan 25 mata asas.

Oleh kerana pemotongan kadar sudah diambil kira oleh pasaran (priced-in), kebarangkaliannya besar kita tidak akan melihat kejatuhan besar USD tetapi pergerakan menurun masih boleh terjadi.
Kebarangkalian sederhana: pemotongan 50 mata asas.

Pemotongan yang lebih besar akan menjurus kepada USD yang lebih lemah. Matawang Amerika ini akan jatuh lebih banyak dari yang dijangkakan. Selepas pemotongan sebegitu, USD boleh melemah untuk jangka masa panjang.

Kebarangkalian terendah: kadar dikekalkan.
Ada kebarangkalian yang sangat nipis untuk kadar dikekalkan tidak berubah namun peluang itu berlaku tetap ada. Dalam kes di mana 0 perubahan, USD akan disokong.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini