Ringgit bercampur-campur - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit bercampur-campur


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan jangkaan bahawa penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Julai akan memihak kepada dolar AS, kata peniaga.

Rakan Kongsi Pengurusan Vanguard Market, Stephen Innes, berkata arah aliran itu mungkin dikekalkan sehingga data gaji bukan ladang AS dikeluarkan pada Jumaat, yang mana ia penting sebelum Rizab Persekutuan dapat membuat keputusan sama ada akan mengurangkan kadar faedah.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1400/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1400 pada Isnin.

Mengulas perkembangan kini perang perdagangan AS-China, Innes berpendapat bahawa gencatan itu mungkin sementara, dan arah aliran adalah lebih baik bagi mata wang negara membangun Asia berbanding euro.

"Sebarang penurunan harga akan memberi impak negatif kepada ringgit.

"Selain itu, pasaran terus bersandar kepada kedudukan yang AS boleh meningkatkan ketegangan perdagangan sekali lagi, dan semakin lama gencatan, semakin positif ia kepada sentimen risiko,"

Ringgit bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menokok yen Jepun kepada 3.8174/8222 daripada 3.8181/8234 Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6712/6773 daripada 4.6816/6890.

Ringgit lemah berbanding pound kepada 5.2342/2397 daripada 5.2279/2359 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.0517/0558. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini