Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, berikutan sentimen pasaran pertukaran asing dijangka menumpukan sekitar konflik Rusia-Ukraine memandangkan petandanya semakin bercampur-campur, kata pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1830/1850 berbanding dolar AS daripada 4.1780/1815 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bagaimanapun, harga minyak mentah yang lebih tinggi boleh memberikan sedikit sokongan kepada unit tempatan susulan minyak mentah Brent terus meningkat kepada AS$97 setong.

Beliau berkata ini menunjukkan ringgit akan meraih manfaat kerana keadaan itu boleh meningkatkan ruang fiskal kerajaan.

"Di tengah-tengah keadaan pasaran yang tidak menentu, dolar-ringgit boleh bergerak dalam julat kecil hari ini, iaitu 4.17 hingga 4.18 berbanding dolar," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.7326/7349 daripada 4.7466/7506 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding pound British kepada 5.6864/6891 daripada 5.6959/7006.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1063/1083 daripada 3.1047/1075 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.6463/6483 daripada 3.6384/6418.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini