Ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, selari dengan kebanyakan mata wang Asia, berikutan lebih banyak pelabur beralih minat ke arah mata wang selamat, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1410/1430 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1420 semasa ditutup semalam.

Beliau berkata, dolar AS meneruskan momentum menaik dari Isnin selepas pengeluaran data pekerjaan AS yang kukuh minggu lalu, yang menurunkan jangkaan pelabur terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).

Ringgit bagaimanapun didagangkan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8040/8069 daripada 3.8158/8189 pada Isnin tetapi menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0444/0463 dari 3.0436/0463 dan naik berbanding euro kepada 4.6437/6476 daripada 4.6473/6511 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga didagangkan lebih tinggi berbanding pound pada 5.1820/1854 daripada 5.1882/1937.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini