Menyimpan Untuk Persaraan: Pro & Kontra
Adakah benar-benar munasabah untuk kita mula menyimpan untuk persaraan sejak dari muda? Baca pendapat-pendapat yang dibentangkan dan pilih yang terbaik untuk anda.
Orang muda sering cuai dan tidak memikirkan tentang masa hadapan. Manakala persaraan akan tetap terjadi kepada kita semua – dan ia akan merubah segalanya, baik secara emosi mahu pun kewangan.
Adakah bersiap untuk usia tua sebelum ia tiba benar-benar idea yang baik?
Hujah-hujah yang terlibat boleh berbeza dan ia bergantung kepada pendapatan, wilayah dan karakter peribadi masing-masing. Kami telah kumpulkan pendapat-pendapat paling popular. Yang manakah yang anda paling setuju?
PRO
Semakin awal saya punyai pendapatan pasif, semakin kurang saya perlu berkerja untuk wang.
Jika anda mula menyimpan 10% dari pendapatan anda sejak dari awal, anda boleh bersara sekitar usia 40 tahun dan nikmati hidup tanpa membanting tulang berkerja.
Ramai orang bersara awal di zaman sekarang dan mereka cuba untuk menikmati kehidupan tatkala masih muda dan aktif. Cara terbaik untuk melakukannya adalah untuk membina pendapatan pasif yang bagus menerusi hartanah, saham, dsb. dan lebih awal anda bermula, lebih baik untuk anda.
Menyimpan wang tidaklah sukar
Pelaburan, cashback, aplikasi perancangan bajet – ada banyak cara untuk menyimpan sedikit demi sedikit. Anda hanya perlu bermula.
Dahulukan yang utama: anda perlu mula memantau perbelanjaan anda dan ubah tabiat buruk kewangan anda. Dapatkan sebuah akaun simpanan untuk perbelanjaan besar atau trip yang mahal. Langkah demi langkah, anda akan dapat melihat bagaimana corak aliran wang anda, dan belajar menguruskannya.
Lebih bijaksana untuk anda berkorban sedikit sekarang untuk mengelakkan masalah kewangan bila anda sudah tua
Aspek emosional dalam menabung juga penting. Ramai orang tidak mahu mengorbankan atau menunda apa yang mereka mahukan SEKARANG demi untuk sesuatu yang akan termaterialisasi 20-30-40 tahun lagi.
Namun, ramai orang tidak mahu bergantung kepada kerajaan dan lebih gemar berusaha sedikit sebelum terlambat. Menyimpan sementara muda lebih mudah dari berkerja bila anda tua.
KONTRA
Adalah mustahil untuk menyimpan untuk persaraan jika pendapatan anda tidak cukup tinggi
Menyimpan 10% dari pendapatan anda tidak akan membantu jika anda hidup dengan gaji minimum. Sebaliknya, ia suatu yang paling buruk yang boleh dilakukan dengan wang anda.
Dalam kes sebegini, adalah lebih bijak untuk melabur pada pendidikan dan kekalkan keupayaan anda untuk memenuhi permintaan pasaran pekerjaan.
Inflasi pasti akan memusnahkan simpanan saya
Pelan persaraan anda bergantung besar kepada ekonomi tempatan. Di negara-negara tertentu, ekonomi yang tidak stabil membuatkan pelaburan jangka panjang jadi mustahil – 10-20 tahun dari sekarang, wang yang anda simpan sekarang hilang nilainya. Jadi mengapa kita harus peduli?
Jika anda masih mahu menyimpan wang dalam keadaan ekonomi yang berkecamuk, lebih baik anda laburkan pada emas atau aset-aset perlindungan (safe haven assets).
Saya mahu belanjakan wang saya sementara saya masih muda dan ada banyak keperluan
Kebanyakan orang muda dengan pendapatan purata atau di bawah paras purata lebih gemar menikmati wang mereka sekarang sementara mereka masih muda. Kita hidup cuma sekali, dan orang-orang tua tidak banyak berbelanja pun.
Senario alternatif
Melabur, berbanding menyimpan
Jika menyimpan untuk persaraan kedengaran seperti idea yang tidak cukup bagus untuk anda, melabur mungkin alternatif yang baik. Ia membolehkan orang ramai menggandakan dana mereka dan mempunyai sumber pendapatan yang stabil bila anda bersara.
Ia memberikan anda kebebasan seorang pesara dan kebebasan kewangan seperti orang berkerja – anda tidak boleh dipecat, anda tidak perlu pergi ke pejabat, dan ia memberikan anda kebebasan untuk menghabiskan masa bersama keluarga anda dan buat perkara yang anda suka.
Apa pendapat anda?