Ringgit dibuka tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan peningkatan semalam untuk diniagakan tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan hari ini, memandangkan lebih ramai pelabur mengalihkan minat mereka daripada aset selamat berikutan kebimbangan mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, unit tempatan berada pada 4.1270/1300 berbanding dolar AS daripada 4.1370/ 1400 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata dolar AS susut berbanding kebanyakan mata wang daripada kenaikan pada awal minggu, selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell memberi kenyataan yang tidak menggalakkan mengenai prospek ekonomi AS malam tadi.

Powell berkata, aliran konflik seperti ketegangan perdagangan dan kebimbangan mengenai pertumbuhan global telah memberi kesan kepada aktiviti dan unjuran ekonomi AS.

Ringgit bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8163/8195 daripada 3.7985/7017 pada Rabu dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0390/0428 daripada 3.0392/0426.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.6462/6500 daripada 4.6425/6476 namun meningkat berbanding pound kepada 5.1604/1658 daripada 5.1646/1700.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini