Ringgit kekal rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit kekal rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat hari kedua berturut-turut disebabkan permintaan lemah ke atas mata wang tempatan selain sentimen luaran yang bercampur-campur.

Pada 6 petang, unit tempatan disebut harga pada 4.1370/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1400 yang direkodkan pada Isnin.

Peniaga berkata minat ke atas dolar lebih tinggi susulan prospek penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS meskipun keyakinan ke atas kemajuan perdagangan AS-China menurun.

Sementara itu harga minyak dunia meningkat dua peratus selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum bersetuju untuk meneruskan pemotongan bekalan sehingga Mac 2020.

“Walaupun harga minyak meningkat, yang sepatutnya mendorong pengukuhan ringgit, ini masih boleh diimbangi oleh sentimen dolar AS yang bercampur-campur,” katanya.

Pada penutupan, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0509/0542 daripada 3.0517/0558 pada Isnin, tinggi berbanding pound kepada 5.2209/2255 daripada 5.2279/2359 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6773/6815 daripada 4.6816/6890.

Ringgit bagaimanapun lemah berbanding yen Jepun kepada 3.8199/8241 daripada 3.8181/8234.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini