Ringgit kembali susut, akhiri kenaikan dua hari - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali susut, akhiri kenaikan dua hari



KUALA LUMPUR : Ringgit kembali susut selepas meningkat selama dua hari untuk mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur masih berhati-hati sementara menunggu pengumuman data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.1340/1370 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1310/1350 pada Khamis.

Peniaga berkata data senarai gaji bukan ladang AS itu akan menyediakan pemangkin dalam pasaran di mana ia boleh mempengaruhi sentimen dolar, seterusnya memberi kesan kepada mata wang selamat lain dan mata wang negara sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

Beliau berkata pasaran menjangkakan senarai gaji bukan ladang meningkat sebanyak 160,000 pada Jun berbanding 75,000 pada bulan sebelumnya.

“Data yang positif tidak akan membantu untuk meningkatkan dolar AS kerana jangkaan pengurangan kadar faedah oleh pasaran adalah agak kukuh berikutan inflasi rendah,” katanya kepada Bernama.

Pada paras penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8267/8306 daripada 3.8328/8369 pada Khamis, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1882/1932 daripada 5.1943/1002 dan naik berbanding euro kepada 4.6557/6607 daripada 4.6614/6668.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0460/0493 daripada 3.0458/0492.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini