Ringgit lemah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan disebabkan permintaan lemah terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, nota tempatan berada pada 4.1120/1160 berbanding dolar AS dari 4.1100/1130 penutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS terus teguh berikutan penerbitan data jualan runcit Jabatan Perdagangan AS yang kukuh, menunjukkan kenaikan 0.4 peratus bulan ke bulan pada Jun.

"Peningkatan jualan runcit adalah lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Berbanding dolar Singapura, ia menokok kepada 3.0260/0294 daripada 3.0276/0303 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7986/8030 daripada 3.8087/8119.

Ringgit mengukuh kepada 5.1026/1080 daripada 5.1161/1211 berbanding pound British dan menokok kepada 4.6096/6157 daripada 4.6155/6205 apabila dibandingkan dengan euro.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini