Ringgit merosot - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit merosot



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan kebimbangan pertumbuhan global yang perlahan dan harga minyak yang lemah.

Pada 9.02 pagi, nota tempatan berada pada 4.1080/1130 berbanding dolar AS daripada 4.1070/1100 penutup semalam.

Pada masa penulisan, minyak mentah Brent turun 0.21 peratus kepada AS$66.34 satu tong.

Peniaga berkata, harga minyak susut selepas China mencatatkan pertumbuhan ekonomi suku tahun paling perlahan dalam tempoh sekurang-kurangnya 27 tahun, mengukuhkan kebimbangan berhubung permintaan di negara pengimport minyak mentah dunia terbesar itu.

Sementara itu, dolar AS didagangkan lebih kukuh kerana pelabur bersedia menghadapi penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada mesyuarat dasarnya minggu depan.

"Pasaran juga menanti data jualan runcit dan data pengeluaran perindustrian AS, serta penerbitan Beige Book Rizab Persekutuan yang menggariskan keadaan ekonomi AS, minggu ini," katanya.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0282/0336 daripada 3.0285/0319 Selasa dan mengukuh berbanding yen pada 3.8055/8112 daripada 3.8074/8112.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.1399/1478 daripada 5.1580/1634 dan menokok berbanding euro pada 4.6244/6312 daripada 4.6319/6365.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini