Ringgit semakin kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peniaga beralih daripada naratif kadar faedah AS dan memberi tumpuan kepada pertumbuhan, kata peniaga.

Keyakinan pasaran tinggi dengan jangkaan bahawa Lembaga Pengarah Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah pada Julai, yang akan memberi manfaat kepada pergerakan dolar.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1360/1390 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400 penutup Selasa.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound kepada 5.2101/2156 daripada 5.2209/2255 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.6708/6758 daripada 4.6773/6815.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.8432/8470 daripada 3.8199/8241 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0512/0537 daripada 3.0509/0542. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini