Apakah itu Forex?

Forex, FX – singkatan untuk 'foreign exchange' – adalah aktiviti memperdagangkan matawang suatu negara dengan matawang suatu negara lain. Forex adalah salah satu dari pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai matawang. Ia membantu pelaburan dan perdagangan antarabangsa melalui transaksi pertukaran asing. Pada tahun 2016, volum Forex harian adalah sebesar $5.1 trilion menurut data dari Bank Penyelesaian Antarabangsa (BIS).

Ada beberapa pemain besar di pasaran FX. Sesetengah berdagang untuk membuat keuntungan, sebahagian berdagang untuk melindungi risiko-risiko mereka, dan yang lain hanya kerana mereka memerlukan tukaran wang asing untuk membayar barangan dan perkhidmatan. Peserta utama perdagangan adalah bank-bank komersil, itulah sebabnya mengapa sebut harga matawang dibuat di pasaran antarabank. Selain dari bank komersil besar, bank-bank pusat, dan syarikat multinasional, ada juga beberapa pelabur yang mencari risiko yang sentiasa sedia untuk terlibat dalam pelbagai jenis spekulasi. Di antara mereka adalah pedagang-pedagang runcit tipikal – individu yang berdagang setiap hari/minggu untuk meraih banyak wang. Kebanyakan mereka mengkaji berita politik dan ekonomi, pengumuman statistik dan ucapan awam orang-orang berpengaruh untuk mentafsir pergerakan harga sesuatu matawang di masa hadapan. Yang lain pula bergantung kepada indikator teknikal tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku di dalam dunia kewangan. Anda juga boleh menjadi seorang pedagang Forex dan menyertai golongan usahawan matawang.

Pasaran Forex tidak berpusat. Dalam lain perkataan, tidak ada satu pun lokasi fizikal di mana para pelabur pergi untuk melaksanakan perdagangan matawang. Pedagang forex menggunakan internet untuk mendapatkan sebutharga terkini pelbagai pasangan matawang dari pelbagai dealer. Pusat-pusat perdagangan di serata dunia – London, New York, Tokyo, Hong Kong dan Singapura – berfungsi sebagai hab perdagangan antara pembeli dan penjual dari pelbagai jenis yang berbeza. Untuk mendapatkan akses kepada pasaran matawang antarabank anda perlu menggunakan khidmat broker Forex .

Perdagangan Forex lazimnya dilakukan menerusi broker. Broker adalah syarikat yang menyediakan kepada individu seperti anda akses kepada pasaran interbank, di mana semua aktiviti perdagangan berlaku. Dalam lain perkataan, broker memberikan anda perisian khas, di mana anda boleh lihat sebut harga secara langsung dan anda boleh membuat pesanan untuk membeli/menjual matawang dengan hanya beberapa klik. Apabila anda memutuskan untuk menghentikan dagangan anda, broker akan menutup posisi tersebut di pasaran matawang interbank dan mengkreditkan akaun anda dengan keuntungan atau kerugian.  Membuka akaun dengan broker Forex pilihan anda dan memulakan karier perdagangan anda memerlukan hanya beberapa minit. Sebagai ganjaran bagi perkhidmatan yang disediakan, pedagang membayar spread atau komisyen kepada broker.

Bila memilih broker, sila berikan perhatian kepada reputasi, usia dan peraturan syarikat tersebut. FBS menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pelanggannya sejak 2009 dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu peneraju pasaran. Kejayaannya di seluruh dunia tidak membataskannya dari menjadi syarikat yang berorientasikan pelanggan dan memenuhi keperluan setiap seorang pelanggan. Khidmat bantuan pelanggan FBS sentiasa sedia untuk membantu anda dan boleh dihubungi 24/7. Di samping itu, syarat perdagangan yang ditawarkan broker juga sangat penting. Secara khususnya, bandingkan kelajuan pelaksanaan pesanan, spread, swap dan komisyen. FBS berbangga dengan pelaksanaan sepantas kilat, spread dari 0 pips, bonus deposit 100% untuk perdagangan, insuran deposit percuma dan banyak lagi manfaat untuk para pedagang. Matlamat kami adalah untuk memberikan anda yang terbaik dari Forex!

Tutorial ini dibuat untuk memperkenalkan anda kepada asas-asas Forex dan menjelaskan kepada anda di dalam bahasa yang mudah bagaimana untuk berdagang matawang. Ini akan menjadi langkah pertama anda dalam menjadi trader Forex yang berjaya. Sila maju ke kursus kami yang seterusnya untuk terus membina kemahiran perdagangan anda. Selamat berjaya!




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini