Ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki petunjuk global dengan harapan ekonomi utama akan melancarkan pelan rangsangan bagi menangani kelembapan ekonomi dunia.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1750/1790 berbanding dolar daripada 4.1760/1810 pada Jumaat.

Ketua Strategi Pemasaran di FXTM Hussein Sayed berkata pelabur mengharapkan bank-bank pusat menyelamatkan ekonomi dunia dan pasaran ekuiti daripada menjadi lebih buruk.

"Jika bank pusat membuktikan mereka bersedia untuk bertindak dengan menurunkan lagi kadar faedah dan program pelonggaran kuantitatif, pasaran ekuiti dijangkakan akan meningkat selepas kejatuhan baru-baru ini.

"Sebaliknya, lebih banyak wang akan dilaburkan dalam emas dan aset selamat yang lain seperti yen Jepun dan franc Swiss," katanya.

Beliau berkata tumpuan kini pada mesyuarat tahunan Jackson Hole pada Khamis di Wyoming, di mana pemimpin utama bank berhimpun untuk memperoleh lebih banyak petunjuk pasaran ketika berlakunya turun naik pasaran semasa.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan bercampur-campur.

Ringgit tinggi berbanding yen Jepun pada 3.9183/9228 daripada 3.9230/9288 Jumaat lalu, dan berbanding pound British, pada 5.0593/0645 daripada 5.0763/0828.

Unit tempatan bagaimanapun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0144/0184 daripada 3.0097/0140 Jumaat lepas dan berbanding Euro kepada 4.6338/6399 daripada 4.6283/6346.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini