Broker Forex


Perdagangan Forex lazimnya dilakukan menerusi broker. Broker adalah syarikat yang menyediakan kepada individu seperti anda akses kepada pasaran interbank, di mana semua aktiviti perdagangan berlaku. Dalam lain perkataan, broker memberikan anda perisian khas, di mana anda boleh lihat sebut harga secara langsung dan anda boleh membuat pesanan untuk membeli/menjual matawang dengan hanya beberapa klik.

Apabila anda memutuskan untuk menghentikan dagangan anda, broker akan menutup posisi tersebut di pasaran matawang interbank dan mengkreditkan akaun anda dengan keuntungan atau kerugian.  Membuka akaun dengan broker Forex pilihan anda dan memulakan karier perdagangan anda memerlukan hanya beberapa minit. Sebagai ganjaran bagi perkhidmatan yang disediakan, pedagang membayar spread atau komisyen kepada broker.

Bila memilih broker, sila berikan perhatian kepada reputasi, usia dan peraturan syarikat tersebut. FBS menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pelanggannya sejak 2009 dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu peneraju pasaran. Kejayaannya di seluruh dunia tidak membataskannya dari menjadi syarikat yang berorientasikan pelanggan dan memenuhi keperluan setiap seorang pelanggan.

Khidmat bantuan pelanggan FBS sentiasa sedia untuk membantu anda dan boleh dihubungi 24/7. Di samping itu, syarat perdagangan yang ditawarkan broker juga sangat penting. Secara khususnya, bandingkan kelajuan pelaksanaan pesanan, spread, swap dan komisyen. FBS berbangga dengan pelaksanaan sepantas kilat, spread dari 0 pips, bonus deposit 100% untuk perdagangan, insuran deposit percuma dan banyak lagi manfaat untuk para pedagang. Matlamat kami adalah untuk memberikan anda yang terbaik dari Forex!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini