Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan lemah terhadap unit tempatan itu dalam keadaan penurunan harga minyak dunia.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1920/1950 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 semalam.

Seorang peniaga berkata, penanda aras global minyak mentah Brent turun dua peratus kepada AS$58.28 setong disebabkan oleh peningkatan tidak dijangkakan dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat.

“Harga minyak rendah dilihat sebagai negatif bagi Malaysia kerana ia memberi kesan kepada pendapatan minyak dan gas negara,” katanya.

Sementara itu, ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0173/0199 daripada 3.0192/0224, dan meningkat berbanding euro kepada 4.6737/6787 daripada 4.6802/684 pada Rabu.

Unit wang tempatan susut berbanding yen kepada 3.9570/9609 daripada 3.9359/9398 dan turun berbanding pound British kepada 5.0706/0760 daripada 5.0575/0628.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini