Ringgit ditutup rendah dalam dagangan berhati-hati



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dengan peserta pasaran kekal dalam sentimen berhati-hati ekoran ketegangan perang perdagangan antara AS dan China, yang menambah ketidaktentuan berterusan dalam unjuran ekonomi dunia.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2010/2050 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1930 pada Jumaat lalu.

Seorang peniaga berkata Jumaat lalu Presiden Donald Trump mengumumkan negara itu akan menaikkan tarif ke atas barangan China bernilai AS$250 bilion kepada 30 peratus daripada 25 peratus.

"Trump berkata tarif ke atas AS$300 bilion lagi barangan China juga akan dinaikkan kepada 15 peratus daripada 10 peratus. Levi bernilai AS$50 bilion dijadual bermula pada 1 Oktober, manakala duti sebanyak AS$300 bilion lagi berkuat kuasa dalam dua peringkat, masing-masing pada 1 September dan 15 Disember.

"Sementara itu, China turut melancarkan tarif baharu pada Jumaat lalu ke atas barangan dari AS bernilai AS$75 bilion," kata peniaga itu.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia diniagakan lemah berbanding yen pada 3.9715/9764 daripada 3.9284/9327 dan berbanding euro pada 4.6698/6760 daripada 4.6333/6383 sebelum ini.

Unit tempatan lebih rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0267/0300 daripada 3.0213/0237 dan berbanding dengan pound British pada 5.1412/1478 daripada 5.1147/1201. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini